Friday 3 June 2011

Pengenalan Diri Ku

Nama saya Ikhwan Bin Salleh.Saya kini berumur 19 tahun.Saya adalah anak kelahiran 
negeri perak.Kini saya menetap di Bangi,Selangor. Saya adalah anak sulung daripada 3 
adik-beradik. Selebihnya adalah perempuan yang kini menetap dan bersekolah di perak.Pendidikan formal saya bermula di Sekolah Kebangsaan Sungai Kertas,Selangor.Manakala selepas tamat darjah 6,saya telah berhijrah ke perak dan bersekolah di Sekolah Menengah Agama Maahad Al-mizan,Kuala Kangsar,Perak sehingga tamat tingkatan 5.Kini saya menyambung pelajaran di Akademik Pengajian Islam,Universiti Malaya Nilam Puri,Kelantan dalam bidang Asasi Syariah.
    
     Selain itu, saya mempunyai satu matlamat penting yakni boleh berkomunikasi dalam Bahasa Arab dengan fasih setelah tamat pengajian saya disini.Ini adalah kerana saya sukar untuk menguasai sesuatu bahasa dan ini adalah antara kelemahan diri saya.Ini telah terbukti dengan Peperiksaan UPSR,PMR dan SPM yang mana saya tidak pernah mendapat gred A dalam matapelajaran berikut iaitu Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab .Hobi saya pelbagai dan yang paling saya minati ialah Bola Baling.Walaupun permainan tersebut tidak popular dalam kalangan masyarakat kini,tetapi ia tidak pernah pupus sebagai hobi saya.

     Cita-cita saya sering berubah-ubah tidak kira masa dan tempat tetapi kini saya yakin bahawa cita-cita saya sebenar saya adalah seorang pensyarah.Untuk Pengetahuan anda,saya seorang yang agak tinggi dari segi fizikal dan berkaca mata.Disamping itu,saya juga meminati arena nasyid dan taranum al-quran(Seni lagu Al-quran). Jika diberi kesempatan,saya ingin menguasai dalam bidang-bidang tersebut sebagai ilmu tambahan kepada diri saya.Akhir kata,saya ingin menjadi seorang yang berguna dan bermanfaat kepada orang lain serta ingin membalas pengorbanan dan jasa kedua orang tua saya yang telah bersusah–payah membesarkan saya…..…………………………………….

No comments:

Post a Comment