Wednesday, 25 April 2012


Assalamualaikum semua....erm,...dah bersarang blog aku ni nampak nyer....maklum lah banyak perkara yang lebih utama aku perlu uruskan......haaa.... hari ni aku nak start update balik blog aku ni dengan berita2 yang aku dengar mase cuti ni.... Sekarang ni lah....apa yang aku sedih ialah mengenai kemalangan jalan raya....sedih sesangat bile dengar berita2 ni especially kalo yang melibatkan kematian..... ;-( 

Antara pic kemalangan jalan raya
Antara pic kemalangan Jalan Raya


Kalo kite tengok sekarang nii....kt dada2 akhbar,mesti ade je berita tentang kemalangan raya yang meragut nyawa......aku minta jauhkan lah ia berlaku dalam keluarga aku,kawan2 dan sume lah........beberapa hari lps, aku gi melawat parents kpd seorang student yg berumur kira2 20an yg meninggal dunia akibat kemalangan jln raya di perak....die naik motor.....x silap aku apa yg aku dengar dari parents die,ade 2 org mat rempit yang sedang merempit merempuh die mase kt simpang.....die terpelanting jauh…….terseret atas jalan raya….aduuhhhh....kesian aku tgk parents die....dah lah die anak sulung n die seorang saje lelaki dalam adik-beradik die.....yg lain sume pompan...x silap aku adik-beradik die ade 5 org…..

Allahyarham cedera parah (patah tengkok n bnyk lgi) dan ade kecederaan dalaman…..die menghembuskan nafas terakhir dalam perjalanan ke hospital….sedih giler mase ayah die cerita kt kami….Apa yg aku geram nye,…2 org mat rempit tu x de lah kecederaan serius mcm allahyarham…..seorang 2 die just patah kaki je..n sorg lagi cedera2 biase je…..Mungkin ini dah ajalnye n mungkin allah nk bg peluang kt 2 org mat rempit 2 supaya bertaubat……

Bukan ape,aku pon pernah excident jugak….kt simpang juga…..mase 2 aku ngn adik aku…aku excident dgn sorg pelajar tingkatan 5…..xde lesen plak 2……time 2 aku kt jalan straight…..sepatutnye die bg lah aku jln dulu…n then baru lah kuar dr simpang tp sebaliknya…konon nye sempat lah 2….dah lh kuar mase aku dah dekat ngn die….pe lagi xsempat lah aku nk brek……2 lah kekurangan org yg x ambik lesen……x tau undang2….Esok nye xgi keje lah aku….bkn kerana aku cedera tp motor ak pon cedera……nasib baik adik aku xde pape….Tapi pape pon,ini aku jadikan satu pengalaman n always pesan kt adik2 aku….

Ehh2…cite pasal aku lak…tp x pe lah…janji ade kaitan ngn kemalangan jln raya…erm,..nk kate kempen n dll dah buat dah….tp mslh kemalangan jalan raya still mcm 2….. agak2 nye ape lagi yg perlu dilakukan…..mgkin mereka x mengalami nye sendiri……bile dah mengalami baru mereka tau bhye nye pandu kenderaan laju2 terutamanya motor…..silap skit,abih lah….boleh je nk pandu laju tp ikut keadaan n sekeliling jalan raya lah….kalo highway 2 boleh lah laju skit tp berhati2 lah…Ini tidak,kt jalan kg pon nk bawa cm kt highway…mmg cari nahas…
Bile tgk kemalangan jalan raya yg berlaku sekarang,.perhhh mmg dahsyat….kenderaan 2 mesti remuk abiz….mcm mane lah x mati….kalo kenderaan yg keras 2 pon boleh remuk cm kertas,apatah lagi manusia…???fikir2 lah erk….nyawa kite sgt penting….

Kemalangan Ngeri

Sedar lah wahai pembaca


P/S :Bile dah ade atas jln raya,berhati-hati…kadang2 kalo kite x rempuh org,org plak akan rempuh kite…apa yg ayah aku pesan,bila diatas jalan raya biar mata kite disekeliling supaya boleh elakkan kemalangan…..dan ambik lah lesen cepat2…..kumpul duit…..jangan abizkan kt tempat yg x berfaedah je…..

Tuesday, 25 October 2011

Tanda Tanda Jangitan VIRUS pada pc anda!!



                       




  • Prestasi PC anda tiba-tiba sahaja menjadi lembab,sebarang aplikasi atau fail yang hendak dibuka menjadi terlalu perlahan......!!!!!!



    • Keluar mesej "Out of memory error" walaupun PC mengandungi ruang ingatan yang mencukupi.
    •  Sistem operasi Windows tidak boleh dijalankan walau sebelum ini kita tidak pernah menyentuh bahagian setting ataupun mengubah registry.
    •   Sistem operasi Windows tidak dapat dijalankan kerana fail-fail penting untuk menjalankannya hilang tiba-tiba.
    •   Ada program yang tidak pernah diinstal sebelum ini tiba-tiba muncul dan berjalan dengan sendirinya.
    •  Terdapat proses yang tidak diketahui sedang berjalan dan menggunakan banyak sumber CPU.
    •   Kita tidak boleh menginstal sebarang program atau aplikasi baru.
    •   Windows seringkali reboot dan proses reboot berlaku berulangkali.
    •   Utiliti cakra seperti scandisk melapurkan banyak error pada cakra selepas melakukan imbasan cakra.
    •  Program atau aplikasi yang sebelum ini boleh digunakan crash secara tiba-tiba.
    •  Drive partition bagi cakra keras, CD-ROM dan cakra liut tiba-tiba sahaja hilang.
    •  Menerima email yang mengandungi sisipan-sisipan yang ganjil, contohnya mengandungi 2 extensif
    •  Perisian Antivirus tidak boleh di instal.
    •  Dialog box terpapar pada skrin secara tiba-tiba.
    •  Sistem PC berjalan dengan sendirinya, misalnya tetikus menunjuk ke sesuatu,    membuka dan menutup tray  CD-ROM dengan sendirinya.
    •  Penunjuk tetikus berubah imej dan grafik.
    •   Ikon-ikon ganjil terpapat pada sistem tray walaupun tidak pernah menginstal sebelum ini.
    •   Muzik atau Video tiba-tiba sahaja dimainkan dengan sendirinya.
    •   Saiz sesuatu fail berubah, walaupun kita tidak mengeditnya sebelum ini.
    •   Perisian Antivirus hilang tiba-tiba.


    Monday, 20 June 2011

    Kisah sedih Seorang Yang Taat Kepada Ibunya....

    Perkongsian dari http://fid.ohmacamitu.com





    PETANG itu, di serambi rumah usang milik keluarga kami di Kuala Terengganu, saya duduk bersila berhadapan dengan adik bongsu, Amid atau nama sebenarnya Syed Mohammad Nazri Syed Bidin.

    “Kenapa kau nak berhenti sekolah?” soal saya.
    Amid menundukkan kepala dan membisu. Saya tidak puas hati. Sekali lagi saya ulang soalan yang sama.
    “Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak. Amid nak jaga emak sampai akhir hayat,” jawab Amid dengan lembut, tetapi tegas.
    Saya tersentak mendengar jawapan Amid.
    “isshhh. betul ke budak ni? Baru darjah enam, masa seronok budak-budak pun masih belum habis,” hati saya berkata kata.
    “Cakap betul-betul dengan abang. Kenapa tak nak sekolah? Ada budak jahat kacau ke?” pujuk saya lagi. Saya tidak mahu Amid berhenti sekolah kerana tidak tahan dengan gangguan budak-budak nakal.
    “Betul bang, Amid tak tipu. Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak. Nanti kalau Amid belajar pandai-pandai, kena duduk jauh dari mak. Amid tak nak tinggalkan mak,” katanya separuh merayu.
    Melihat kesungguhannya, saya jadi buntu. Nampak gayanya, Amid tidak bergurau.
    “Betul ke ni?” soal saya masih tidak percaya.
    “Betul,” balas Amid pula tanpa ragu ragu.
    “Suka hati adiklah,” kata saya selepas lama termenung.
    Mendengar jawapan saya, Amid tersenyum lalu meminta izin untuk masuk ke dalam rumah.
    Saya termenung di serambi. Kata kata Amid itu benar-benar memberi kesan terhadap jiwa saya. Kecil-kecil lagi sudah ada kesedaran mahu berbakti kepada emak.
    Tetapi, peristiwa itu berlaku 17 tahun dulu. Kini Amid sudah dewasa, umur pun sudah mencecah 29 tahun.
    Saya tidak lagi ragu-ragu terhadap Amid. Memang betul, Amid tidak mahu bersekolah dulu kerana mahu menjaga emak.
    Amid tidak bergurau. Amid telah membuktikan kepada saya dan adik beradiknya yang lain, memang dia ikhlas mahu menjaga emak.
    Memang tidak dapat dinafikan, di antara kami Sembilan beradik, Amidlah anak yang paling taat terhadap emak. Tingkah lakunya, tutor katanya, begitu tertib ketika bersama emak atau orang yang lebih tua darinya. Seumur hidup, saya dan adik-beradik lain tidak pernah melihat Amid bersikap atau bercakap kasar terhadap emak.
    Apa saja keputusan atau kehendaknya, Amid akan merujuk kepada emak terlebih dahulu.
    Emaklah yang akan memutuskan. A kata emak, A jugalah katanya. Hitam kata emak, hitamlah kata Amid.
    Saya sendiri, termasuk adik beradik lain tidak mampu untuk bersikap seperti Amid.
    Pernah juga saya mengajak Amid bekerja di Kuala Lumpur mencari rezeki di sana, tetapi dia menolak.
    Katanya, biarlah dia tinggal bersama emak.
    “Kalau semua pergi, sapa nak jaga emak? Sapa nak uruskan lembu kambing? Kakak? Dia perempuan. Mana larat buat kerja yang berat-berat. Lagipun takkan nak biarkan rumah ni tak ada lelaki?” Abang dan kakak pun dah ada keluarga masing-masing. Abang Usop dan Abang Mat pula dah duduk di KL. Jadi, biarlah Amid duduk di kampung aja. Kerja jaga kambing dan lembu pun tak apalah,” kata Amid kepada saya.
    Setiap kali saya mengajak, pasti jawapan Amid sama. Lama-kelamaan saya mengalah.
    Kami adik-beradik sudah faham perangai Amid. Saya tahu, pasti Amid tidak akan setuju untuk ke Kuala Lumpur. Amid dan emak bagaikan isi dengan kuku. Bagaikan satu nyawa. Tidak boleh berpisah. Dia lebih rela menjadi gembala lembu daripada meninggalkan emak yang sudah tua itu.
    Bukan itu sahaja, dalam hal-hal makan minum pun, Amid tetap akan mendahulukan emak. Sekiranya dia membawa pulang kuih-muih yang dibeli dari pekan, janganlah sesiapa sentuh, selagi emak tidak menjamah terlebih dulu. Ada kalanya saya perasan, emak menjamah sikit makanan itu, semata-mata untuk menjaga hati Amid.
    Jika Amid berkenan untuk membeli sesuatu barangan, dia tidak akan terus membelinya. Amid terlebih dulu akan pulang dan meminta izin emak untuk membeli barang tersebut.
    Sekiranya emak mengizinkan, barulah dia beli barang itu. Jika tidak, dia tidak akan beli, biarpun barangan itu memang dia inginkan.
    Ketika emak terlantar sakit dan hampir lumpuh, Amidlah yang menjaganya. Kami adik-beradik ketika itu benar-benar mengharapkan Amid sebagai anak lelaki untuk menjaga emak. Maklumlah, kami di Kuala Lumpur. Tetapi Amid memang tidak mengecewakan kami.
    Cerita emak kepada saya, setiap malam Amid akan tidur berdekatan emak di ruang tamu rumah tempat emak terbaring. Tidak pernah sekalipun dia tidur di biliknya selama emak terlantar. Pantang terdengar emak bergerak Mau terbatuk di tengah malam buta, Amid pasti terjaga.
    “Kenapa mak? Mak nak buang air ke? Lapar? Mak nak minum?” Amid akan bertanya pada emak.
    Sekiranya emak mahu buang air, Amid akan memapahnya ke bilik air.
    Jika emak mahu minum, dia akan menyediakan minuman. Kalau emak pening, Amid akan memicit-micit kepala emak sehingga orang tua itu terlena. Jika emak menggigil kesejukan, Amid akan menarik selimut menutupi tubuh emak daripada kedinginan malam.
    Satu malam, cerita emak kepada saya lagi,
    ketika sedang berbaring, tiba-tiba dia berasa pening kepala. Lalu emak pun mengadu pada Amid yang sedang berbaring di sebelahnya.
    Amid bingkas bangun lalu memicit micit kepala emak. Tiba-tiba, emak terasa nak muntah sangat-sangat.
    Amid yang baru saja bangun untuk mengamhil besen, apabila melihatkan keadaan emak, membatalkan hasratnya ke dapur.
    Amid segera berteleku dihadapan emak lalu menadah tangannya, meminta emak muntah di telapak tangannya.
    Berlambak muntah emak di telapak tangan Amid. Tetapi, Amid sedikit pun tidak kisah atau berasa geli-geleman.
    Apabila mendengar cerita emak, saya sendiri yang menitis air mata.
    Memang, Amid sanggup berbuat apa sahaja untuk emaknya. Sehingga kini, apabila saya teringatkan peristiwa itu, air mata pasti bergenang. Sebak hati saya apabila emak menceritakan bagaimana Amid melayannya ketika dia sedang terlantar sakit.
    Pengorbanan Amid terhadap emak memang tidak mampu dilakukan oleh adik-beradik yang lain termasuk saya sendiri. Di samping itu, Amid juga bertanggungjawab memberi makan lembu kambing sebanyak 30 ekor. Semuanya Amid laksanakan tanpa bersungut. Amid menjaga emak sehingga sembuh sepenuhnya.Semenjak berhenti sekolah, sehingga ke usianya hampir mencecah 30-an, rutin hidup Amid tidak pernah berubah.
    Pagi, Amid akan ke kebun dan selepas solat Zuhur, dia akan pulang untuk makan tengah hari. Sementara menunggu petang menjelang, dia akan tidur sebentar melepaskan lelah.
    Kemudian, selepas solat Asar, Amid akan keluar semula. Dia akan ke kebun yang jaraknya kira-kira dua kilometer dari rumah untuk memastikan lembu kambing yang sudah kekenyangan itu dimasukkan semula ke dalam kandang.
    Begitulah kehidupan Amid seharian. Biarpun ketika Itu, usianya sudah cukup matang untuk mendirikan rumah tangga, namun dia langsung tidak terfikir ke arah itu.
    Katanya pada saya, buat masa ini, cukuplah seorang wanita bergelar ibu di dalam hidupnya.


    Khamis 7 Oktober 2004


    AJAL dan maut di tangan Tuhan. Tidak ada sesiapa yang mampu menolak ketentuan Ilahi. Saya sendiri tidak menyangka, hari itu, Amid akan meninggalkan kami buat selamanya. Terlalu cepat rasanya Amid pergi terutama dalam usianya yang masih muda.Amid meninggal dipanah petir.
    Ceritanya begini.
    Pada hari itu, selepas pulang dari kebun menghantar emak ke rumah, Amid menunaikan solat Asar.
    Selepas selesai, dia akan menunggang motosikal buruknya ke kebun untuk menghalau kambing dan lembu masuk semula ke kandang.Ketika itu, langit sudah gelap. Kilat mula memancar diiringi dentuman guruh. Menurut cerita kakak saya, Mek, Amid berada di kandang sehingga pukul 6.00 petang.
    Mek nampak Amid menghalau lembu kambingnya sebab rumah Mek dekat saja dengan kandang haiwan itu.
    Kira-kira pukul 6.15 petang, hujan mula turun dengan lebat. Kakak saya, Mek, Jah bersama adik saya, Nor dan Ana sedang berada di rumah mereka pada waktu itu.
    Apabila hujan lebat turun dan guruh serta petir sabung-menyabung, mereka sangkakan Amid sudah pulang ke rumah emak.Jadi mereka langsung tidak memikirkan tentang Amid kerana menyangka Amid sudah pulang ke rumah sebelum hujan turun.
    Tiba-Tiba.
    prangggggg. tuuuuummmmt!
    Dentuman serta panahan petir yang teramat kuat itu membuatkan Mek, Jah, Nor dan Ana terperanjat.
    Panahan petir itu turut membelah beberapa batang pokok pisang yang ditanam di belakang rumah serta merobekkan dinding dan pintu bilik air rumah Mek.
    Pada masa yang sama, emak yang sedang berada di halaman rumahnya kira-kira dua kilometer dari rumah Mek, turut terperanjat mendengar bunyi dentuman petir itu. Darahnya berderau. Lutut emak tiba-tiba saja jadi lemah. Dirinya terasa seperti di awang-awangan.
    Tiba-tiba mulut emak terpacul kata kata, “Ya Allah. anak aku!”
    Hati emak jadi berdebar-debar. Dia teringatkan Amid yang sedang berada di kebun. Emak tiba-tiba bimbang terjadi sesuatu yang buruk terhadap Amid.
    Kira-kira setengah jam berlalu, hujan semakin reda. Pancaran kilat dan guruh juga sudah sayup-sayup bunyinya. Tiba-tiba Mek teringatkan Amid. Dia menghubungi emak, tetapi kata emak, Amid masih belum pulang.
    Mek mula rasa tidak sedap hati. Dia mengajak abang kami, Pok Yee untuk keluar bersama mencari Amid. Mereka berdua menuju ke kandang yang tidak jauh dari rumah mereka itu.
    Sampai di sana…
    “Ya Allah, adik akuuuuuu!!!” jerit Mek sebaik sahaja melihat Amid terbaring mengiring di bawah pohon sentul di depan kandang kambingnya.
    Mek memangku kepala Amid. Mek Jerit nama Amid beberapa kali, tapi Amid tidak lagi menyahut. Tubuhnya kaku. Cerita Mek kepada saya. ketika itu dia melihat darah mengalir laju keluar dari telinga Amid. Kesan lukanya pula seperti terkena tembakan peluru. Dari waJahnya, sehingga ke paras dada, menjadi hitam kesan terbakar.
    Amid dibawa ke hospital dengan hantuan seorang jiran dan disahkan sudah meninggal dunia. Ketika menunggu hospital membenarkan kami membawa pulang jenazah Amid, Mek pun bercerita kepada kami bagaimana dia melihat sesuatu yang agak pelik pada mayat Amid ketika dia mula-mula menjumpainya.
    Cerita Mek, mayat Amid dijumpainya terbaring mengiring menghadap ke arah kiblat dan kedua-dua tangannya pula dalam keadaan kiam.
    Lazimnya seseorang yang dipanah petir, tercampak dan keadaan anggota badannya tidak teratur. Tetapi ini tidak, mayat Amid seolah olah dibaringkan dan tangannya dikiamkan ke dada. cerita Mek kepada kami lagi.
    Pagi Jumaat 8 Oktober 2004
    PAGI itu, suasana pilu menyelubungi rumah kami. Mayat Amid terbujur kaku diselimuti kain kapan di ruang tamu. Saya termasuk beberapa orang adik-beradik dan orang kampung, sibuk menguruskan urusan pengebumian Amid.
    Di sekeliling mayat, kelihatan saudara-mara memenuhi ruang rumah, termasuk orang-orang kampung membacakan surah Yasin. Setelah solat jenazah, mayat Amid dibawa ke perkuburan. Sebaik selesai urusan pengebumian, azan solat Jumaat pun berkumandang.
    Sehari selepas Amid dikebumikan, saya ke kuburnya untuk membacakan surah Yasin. Saya tiba di tanah perkuburan kira-kira pukul 9.00 pagi. Ketika sedang khusyuk membaca Yasin. tiba tiba saya terdengar suara burung berkicauan di atas pokok-pokok di kuburan itu.
    Pada mulanya saya tidak hiraukan kicauan burung-burung tersebut. Tetapi lama-kelamaan, saya dengar bunyi kicauan itu semakin kuat dan rancak. Saya pun mendongak, kelihatanlah sekumpulan burung sedang terbang berpusing dan galak berkicau.Mula timbul rasa pelik dalam diri saya sebab sewaktu mula-mula sampai ke tanah perkuburan, langsung tidak nampak kelibat seekor burung pun.
    Saya menyambung kembali bacaan sehingga tamat. Anehnya, sebaik saya habis membaca surah Yasin, bunyi kicauan burung itu hilang serta-merta. Apabila saya mendongak, saya dapati sekawan burung yang berterbangan tadi juga sudah ghaib entah ke mana.
    Serentak itu saya terbau saw haruman yang tidak pernah saya rasai sebelum ini. Baunya amat harum. Saya mencaricari dari mana datangnya bau harum itu, mungkin dari orang lain yang berkunjung ke kawasan perkuburan itu, tapi saya tidak menemuinya. Tiada orang lain di kawasan perkuburan itu kecuali saya.
    Saya kemudian meninggalkan pusara Amid, sedang di dalam kepala masih terfikir-fikir tentang kejadian pelik sebentar tadi.Apabila pulang ke rumah emak, tambah memeranjatkan, apabila saya terbau haruman yang sama di dalam bilik Amid. Saya masuk ke biliknya dan mendapati bau tersebut datangnya dari sudut bilik tempat Amid sering bersembahyang. Subhaanallah! Itu saja yang mampu saya katakan dalam hati.
    Bukanlah tujuan saya untuk bercerita tentang kebaikan adik sendiri atau bertujuan untuk berbangga, riak dan sebagainya, tetapi bagi keluarga kami, Amid menjadi contoh seorang anak yang begitu taat kepada ibunya. Dan kisah ini ingin saya kongsikan bersama sebagai satu pengajaran buat kita semua.
    Setiap kali saya terbaca kisah-kisah sadis dan kejam seperti kejadian anak membunuh ibu, atau anak sanggup menghantar ibu bapa ke rumah jagaan orang-orang tua di akhbar atau majalah, pasti saya akan teringatkan sikap Amid.
    Biarpun Amid sudah pergi meninggalkan kami hampir bertahun lamanya, namun apabila saya terkenangkannya, saya akan menitiskan air mata. Sedih dan terharu apabila mengenangkan pengorbanan Amid terhadap emak.
    Namun, dalam sedih, ada terselit di hati saya rasa gembira. Sikap taatnya kepada ibu, dan peristiwa pelik yang berlaku pada Amid ketika kematiannya, membuatkan saya yakin, itu adalah petunjuk dari Tuhan, sebagai balasan buat seorang anak yang telah mengabdikan diri terhadap ibu sehingga ke akhir hayatnya.


    “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua-dua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)”. – Surah Luqman ayat 14.


    Sekadar renungan kepada kita. Sesamalah kita ambil iktibar. Insya’allah. 



    Wednesday, 15 June 2011

    Dr.Fadhilah Kamsah menulis ……..






    Assalammualaikum. ......

    Masa saya kecik-kecik dulu, mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen (sisa-sisa) nasik yang dia makan...dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah, mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa, mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ...

    Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan....either belen makanan mak atau abah ... tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ... samada kami perasan atau tidak ....so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ...

    Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ...arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ....mak kata, supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya .....makin umur kita meningkat, hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..

    Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu jer lah... namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan, dah ada anak sendiri esok ...jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak... samalah ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua, dia akan selawat 3x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ...dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah, mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib .. kalau ada lebih dari sorang anak, suruh sorang azan dan sorang Qiam ... kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ...

    Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya, inilah yang paling paling paling berkesan sekali ....tak caya try buat ...solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib .... dapat semua waktu lagi baik ...sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa-rupanya. ..dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.

    "Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita". Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So,it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly....

    Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you'll lose nothing. Wallahu A'lam...

    Monday, 13 June 2011

    Lima tanda sakit jantung



    PEMERGIAN pelakon dan pengacara terkenal, Hani Mohsin Hanafi, 41, akibat serangan jantung memberi kejutan dan seharusnya dijadikan iktibar kepada kita semua, khususnya yang mempunyai sejarah keluarga menghidap sakit jantung.
    Ramai terkejut kerana beliau meninggal dunia pada usia muda. Malah, rakan artis yang rapat dengannya juga tidak tahu arwah ada masalah jantung. Sebenarnya inilah perkara biasa berlaku kepada mangsa serangan jantung lain.

    Walaupun ramai beranggapan sakit jantung tiada simptom, tetapi ada lima tanda yang perlu diperhatikan:

    -Kelesuan (F).

    -Aktiviti menjadi terhad (A).

    -Dada terasa sesak (C).

    -Buku lali bengkak atau edema (E).

    -Sesak nafas (S). 


    FACES adalah cara mudah untuk mengenali tahap kesihatan diri. Walaupun ia bukan penunjuk tepat kepada masalah jantung, tetapi jika semua ciri umum ini ada pada kita, bermakna kita perlu bimbang terhadap tahap kesihatan diri.

    Semua 5 tanda mudah dikesan. Yang diperlukan hanya kepekaan terhadap perubahan diri kerana penjagaan kesihatan adalah tanggungjawab kita. Jika ada beberapa tanda, segera menjalani pemeriksaan kerana walaupun bukan disebabkan masalah jantung, ia mungkin menjadi petanda kepada penyakit lain.

    Penyakit jantung tidak berlaku secara tiba-tiba. Ia mengambil masa bertahun-tahun untuk terbentuk secara tidak disedari. Sakit jantung adalah satu penyakit yang mempunyai spektrum luas kerana ia berkait dengan masalah lain seperti tekanan darah tinggi, aterotrombosis dan kegagalan jantung.

    Namun, paling penting ialah mengawal tekanan darah kerana tekanan tinggi menandakan jantung terpaksa bekerja lebih kuat untuk mengepam darah ke seluruh badan. Apabila jantung dipaksa bekerja lebih kuat daripada sepatutnya, ia menjadi besar dan kurang cekap, akhirnya menyebabkan kegagalan jantung.

    Mengikut fakta, penyakit jantung atau kardiovaskular adalah pembunuh utama penduduk di negara ini dan jumlah pesakit tidak pernah berkurang sejak dua dekad lalu.

    Berdasarkan kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2004, sembilan peratus daripada kemasukan pesakit ke semua hospital adalah disebabkan masalah kegagalan jantung dan edaran darah.

    Apabila disebut mengenai sakit jantung, rasanya semua orang tahu. Namun,masih ramai tidak memberi perhatian kepada penyakit ini, termasuk faktor risiko. Malah, masih ramai juga tidak tahu mengenai atherotrombosis yang menyebabkan 28 peratus kematian — jauh lebih tinggi berbanding kanser dan penyakit berjangkit lain.

    Masalah tersembunyi Aterotrombosis berlaku apabila darah membeku di atas plak (lapisan lemak di dinding salur darah) pecah. Darah beku ini akan membuat lapisan di atas plak tadi. Pembentukan darah beku secara berterusan boleh menghalang aliran darah. Apabila aliran darah tersekat, ia menyebabkan serangan jantung (jika berlaku pada salur darah ke jantung) atau strok (jika saluran darah ke otak terhalang).

    Dr Haizal berkata, faktor ini menjadi masalah asas kepada strok iskemia (aliran darah yang tidak mencukupi ke otak), serangan jantung, serangan iskemia, sindrom koronari akut dan kerosakan pembuluh darah.

    Ini sebabnya setiap orang perlu mengamalkan gaya hidup sihat dan mengelak semua faktor risiko yang boleh menyebabkan penyakit jantung. Hanya ada empat faktor risiko yang tidak boleh diubah iaitu jantina (lelaki), peningkatan umur, bangsa dan sejarah keluarga mendapat sakit jantung.

    Manakala faktor risiko seperti senarai di bawah boleh diubah dan dikawal iaitu:

    -Kencing manis.
    -Paras kolesterol tinggi.
    -Tekanan darah tinggi.
    -Kurang aktiviti fizikal dan bersenam.
    -Masalah berat badan berlebihan dan obesiti.
    -Pemakanan tidak seimbang.
    -Merokok.

    Gejala seperti hidung sering berdarah dan sakit kepala adalah petanda tekanan darah terlalu tinggi. Bagaimanapun, jika tekanan tidak terlalu tinggi (tetapi melebihi tahap normal iaitu kurang 140/85 mmHg) ia tidak mempunyai gejala.

    Ini sebabnya ramai tidak sedar mereka sebenarnya menghidap tekanan darah tinggi. Jika tidak dikawal ia boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang, mata dan otak. Penurunan sebanyak dua mmHg membawa banyak manfaat kepada pesakit kerana ia dapat mengurangkan tujuh peratus kematian.

    Kira-kira 24 peratus rakyat Malaysia berusia 30 tahun ke atas mengalami masalah tekanan darah tinggi, tetapi hanya 18 peratus mendapatkan rawatan dan mengawal tekanan darah mereka. Manakala 13 peratus mengambil ubat tetapi tekanan darah tidak terkawal dan 53 peratus lagi tidak tahu mereka ada masalah ini.

    Cara mudah untuk mengawal tekanan darah ialah menjaga pemakanan dengan mengurangkan pengambilan garam (hanya satu camca teh sehari) dan bersenam.

    Bagaimanapun, bukan mudah untuk menjaga pemakanan di negara yang mewah dengan sajian enak ini, tetapi semuanya perlu dilakukan demi kesejahteraan diri.


                                                                                                         

    Friday, 10 June 2011

    Kesan tidur berlebihan pada hujung minggu


    Ramai drp kalangan kita bangun awal pd setiap hari utk bekerja. Pada hujung minggu ataupun hari cuti, kita tidur sehingga ke tengah hari dengan alasan bagi memperoleh kerehatan sepenuhnya yg kita tdk peroleh pd hari-hari kerja. Tindakan ini sebenarnya adalah satu tindakan yg salah. Mengikut Timothy Roehrs, Pengarah Pusat Kajian Masalah Tidur dr Hospital Henry Ford, cara tidur sedemikian mengganggu pusingan biologi di dlm bdn dan ini menambahkan keletihan ke atas seseorng.

    Keadaan ini berpunca drp gangguan ke atas pengeluaran hormon cortisol yg berfungsi sebagai hormon kecergasan bg seseorng. Apabila seseorng bangun drp tidur setiap pg pd jam 7 pagi, rutin ini merangsang pengeluaran hormon cortisol pd jam 3 pagi ataupun 4 pagi dan memuncak pd jam 11 pagi. Apabila rutin ini dilanggar, cthnya dgn bangun lambat pd hujung minggu, pengeluaran hormon ini terganggu dan kesannya adalah keletihan yg tdk dijangkakan. Justeru, kita perlu berdisiplin di dlm aspek tidur dan bangun bagi menjamin kecergasan diri.

    Dipetik drp buku Perubatan Islam & Bukti Sains Moden (Edisi Kemas Kini)

    JANGAN TAKUT KAHWIN AWAL!!


    Nota : Bagaimana seorang pelajar tahun akhir Universiti yang hampir bunuh diri kerana depresi setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau tanpa sebarang editing…

    Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, Mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”
    Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami “declare”, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami depression di maa saya disconnect dengan dunia luar.
    Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar “cinta rebound”, tapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani call ayah saya, dan minta izin untuk berkahwin, kerana takut kehilangan saya lagi.
    Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar, tahun 1 peringkat ijazah. Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya Cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju, dan memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.
    Simple bukan? Kenapa perlu pening??? Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda. Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, rate hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?
    Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu, dan bukan cara Islam. Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk Disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.
    Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba satu. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru. Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.
    “Seganlah. Nanti orang kata apa.” .. “Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran”. Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah. Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.
    Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.
    Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.
    Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya),untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.
    Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima. Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.
    Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia